suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Desak K'jaan Filipina Bertindak Untuk Bebaskan 2 Rakyatnya Yang Diculik

MANILA: Kerajaan Amerika Syarikat telah mendesak Kerajaan Filipina agar bertindak segera untuk mencari jalan bagi membebaskan dua orang rakyatnya yang diculik berhampiran sebuah kawasan peranginan di Selatan Filipina.

Berdasarkan laporan polis, Gerfa Lunsmann, 50, anak lelakinya berusia 14 tahun bernama Kevin dan anak saudaranya berbangsa Filipina pada Selasa telah diculik dari sebuah pusat peranginan berhampiran bandar pelabuhan Zamboanga.

Jurucakap Kedutaan AS, Victoria Long berkata, kerajaannya sedang melakukan apa juga usaha melalui saluran diplomatik bagi mendesak kerajaan Filipina menyelamatkan mangsa-mangsa penculikan itu.

Sementara itu Ketua Polis Filipina, Raul Bacalzo berkata, pihak berkuasa masih belum menerima apa-apa petanda atau panggilan daripada penculik berkenaan atau bentuk tuntutan mereka.

Menurutnya, Gerfa Lunsmann dilahirkan di Filipina tetapi kemudiannya memperolehi kerakyatan Amerika, berkahwin dengan seorang rakyat Jerman yang bermastautin di Amerika.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain