suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Anggota Militan Pakistan Terbunuh

MIRANSHAH (Pakistan): Seramai lapan orang anggota militan terbunuh pada awal Selasa apabila tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang sebuah markas pemberontak menggunakan peluru berpandu, demikian menurut pegawai keselamatan.

Serangan berlaku di Waziristan Selatan yang berdekatan sempadan Afghanistan selepas kurang 12 jam berlakunya satu serangan serupa yang membunuh 19 orang anggota militan.

Seorang pegawai keselamatan dan beberapa pegawai perisikan yang lain mengesahkan kejadian dan bilangan kematian tersebut namun identiti anggota militan yang terbunuh tidak diketahui dengan jelas setakat ini.

Seorang pegawai kanan keselamatan memberitahu pemberita bahawa beberapa buah peluru berpandu dilepaskan ke arah kawasan yang menjadi tempat persembunyian puak pemberontak yang diketuai komander Mullah Nazir.

Setakat ini, sebanyak 21 serangan peluru berpandu yang dilepaskan oleh jet pejuang kawalan jauh milik AS dilakukan terhadap markas kumpulan pemberontak di Pakistan sejak tentera elit AS membunuh Osama bin Laden pada 2 Mei lalu.

Washington melabelkan wilayah barat laut Pakistan yang dikuasai puak pemberontak itu sebagai kawasan yang paling berbahaya dalam dunia dan merupakan markas utama kumpulan Al-Qaeda. -AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain