suria

Lebih 100 Penumpang Dikhuatiri Maut Bot Karam Di Russia

MOSCOW: Anggota penyelamat dan penyelam Russia masih meneruskan usaha menyelamat lebih 100 penumpang yang kebanyakannya kanak-kanak yang hilang apabila bot persiaran yang dinaiki mereka karam akibat ribut petir di Sungai Volga, awal pagi Isnin.

Bagaimanapun, harapan untuk menemui mereka yang masih bernyawa agak tipis berikutan keadaan sungai yang bersuhu paras beku dengan setakat ini hanya dua mayat berjaya ditemui.

Bot persiaran yang dikatakan sudah berusia 56 tahun itu rasat membawa lebih 150 pelancong dan 30 lagi anak kapal yang menyusuri sungai yang sememangnya popular sabagai destinasi pelancong itu.

Pasukan penyelamat berkata, seramai 47 penyelam kini mengendalikan operasi mencari dan menyelamat mangsa tetapi sehingga tengah malam, usaha menemui mereka yang masih hidup amat tipis.

"Hasil operasi menyelamat itu, peluang untuk menemui mereka yang masih bernyawa amat tipis," kata pegawai Kementerian Kecemasan di Moscow kepada agensi berita Interfax.

Penyelamat dan saksi menyifatkan kejadian pada petang Ahad itu amat mengejutkan apabila bot dua tingkat itu berpusing sebelum terbalik dalam hanya beberapa minit sahaja selepas ribut kuat. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain