suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Israel Usir 124 Orang Aktivis Eropah Sokong Palestin

JERUSALEM: Israel sedang bersedia mengusir 124 orang aktivis pro Palestin dari Eropah yang sampai di negara ini menaiki kapal terbang, demikian menurut seorang pegawai pada Sabtu.

"Laluan untuk ke wilayah milik Israel ditutup untuk 124 orang "pengganas" dari Eropah yang kini ditahan dalam penjara Israel," kata seorang pegawai imigresen, Sabine Hadad.

"Mereka akan diusir secepat mungkin apabila ada penerbangan yang boleh digunakan," katanya.

Proses mengusir itu mengambil masa yang agak lama kerana jumlah penerbangan adalah sedikit pada hari Sabtu yang merupakan hari Sabat Yahudi (Jewish Sabbath).

Menurutnya majoriti aktivis yang ditahan adalah warga Perancis dengan beberapa orang dari Amerika Syarikat, Belgium, Bulgaria, Belanda dan Sepanyol.

Mereka ditahan di dua buah penjara, satu berdekatan dengan Tel Aviv dan satu lagi di gurun Negev.

Aktivis itu mengambil bahagian dalam kempen "Selamat Datang Ke Palestin" di mana mereka datang ke Palestin dengan aman dan melawat warga Palestin. -AFP

Artikel Lain