suria

Bekas Banduan Bunuh Diri Selepas Tembak Mati Tujuh Orang

CHICAGO (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang didakwa menembak tujuh orang membunuh diri sendiri dekat Grand Rapids, lewat Khamis selepas melarikan diri dan menjadikan beberapa orang sebagai tahanan.

Dua tawanan terakhirnya dilepaskan selepas Rodrick Shonte Dantzler menembak dirinya sendiri semasa polis sedang bersemuka dengannya, kata Ketua Polis Grand Rapids, Kevin Belk kepada pemberita.

Dantzler, 34, yang bersenjatakan sepucuk pistol sebelum itu melepaskan seorang tawanannya, wanita berusia 53 tahun selepas meminta minuman penambah tenaga dan rokok, kata polis.

Penjenayah itu melepaskan tembakan di dua buah rumah dan mengakibatkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, lima wanita dan seorang lelaki terbunuh.

Menurut polis, suspek mempunyai kaitan peribadi dengan dua buah rumah tersebut namun tidak mengulas lanjut.

Selepas melakukan pembunuhan itu, polis mengejar Dantzler ke sebuah rumah yang tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Di situ, dia melepaskan tiga tembakan yang kemudiannya dibalas pihak polis lalu menyorok di dalam rumah tersebut.

Menurut Belk, Dantzler juga menembak dua lagi individu berlainan dalam kejadian itu namun kedua-dua mereka tidak mengalami cedera parah.

Menurut laporan berita tempatan, ahli keluarga Dantzler berkata bahawa dia baru sahaja keluar dari penjara dan mengalami gangguan emosi dan mempunyai penyakit mental bipolar.

Berita saluran televisyen CBS mengatakan suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah sejak di usia remajanya.

Kejadian tersebut mengejutkan penduduk Grand Rapids kerana kawasan itu tidak pernah mengalami peristiwa sebegini sebelum ini. -AFP

Artikel Sebelum

Tsunami Kecil Landa Jepun

Artikel Berikut

Artikel Lain