suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letupan Misteri Gegar Turkmenistan

ASHGABAT (Turkmenistan): Satu letupan misteri telah mengeggar Turkmenistan yang menurut pelbagai sumber tidak rasmi, berpunca dari depot senjata tentera yang terletak di Abadan, 20km dari bandar ini.

Wartawan AFP melaporkan bahawa dia nmelihat kepulan asap muncul dari depot berkenaan pada lewat Khamis.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Turkmenistan telah mengeluarkan satu kenyataan kepada para wartawan asing awal Jumaat bahawa letupan itu berpunca daripada bunga api.

"Bunga api yang disimpan di dalam sebuah setor di luar bandar Abadan telah meletup di sebabkan bahang daripada cuaca yang agak panas," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun tidak ada mangsa yang terkorban atau tercedera akibat kejadian itu dan mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan tersebut telah dipindahkan ke kawasan selamat.

Artikel Sebelum

Tsunami Kecil Landa Jepun

Artikel Lain