suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Di Lautan Pasifik

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Kermadec di Lautan Pasifik Selatan berdekatan North Island, New Zealand, awal pagi Khamis.

Menurut keyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa pada 3.03 pagi itu berpusat di 29.6 darjah Selatan dan 175.1 darjah Barat, iaitu kira-kira 8,031km dari Tenggara Tawau, Sabah.

Gempa tersebut bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada 3.10 petang Khamis.

Gempa itu yang berlaku 637km Timur Laut Lahad Datu, Sabah, tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut jabatan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain