suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencuri Guna Teksi Larikan Lukisan Picasso

SAN FRANCISCO (Amerika Syarikat): Polis sedang menjejaki seorang lelaki yang mencuri lukisan pensil Pablo Picasso dari sebuah galeri seni dekat sini.

Pencuri itu dikatakan masuk ke Weinstein Gallery, mengambil lukisan tersebut kemudian melarikan diri menggunakan teksi.

Polis pada Selasa berkata bahawa lukisan yang dicuri itu mempunyai nilai ratusan ribu ringgit.

Pihak galeri memberitahu lukisan unik itu dihasilkan Picasso dan diberi nama "Tete de Femme" pada tahun 1965.

Pegawai polis, Albie Esparza memberitahu akhbar San Francisco Chronicle bahawa polis berharap orang awam akan dapat mengecam karya tersebut apabila seseorang cuba menjualnya. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain