suria

Askar British Yang Ditemui Mati Sebenarnya Akibat Lemas

KANDAHAR: Askar British yang ditemui mati berhampiran pos kawalannya dekat wilayah Helmand sejurus sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri, David Cameron, sebenarnya kelemasan selepas berenang di sebatang anak sungai yang berarus deras.

Salah seorang komander Pasukan Tentera Afghanistan di wilayah itu, Sayed Maluk berkata, hasil siasatan mendapati, askar malang itu telah pergi berenang di sebatang anak sungai yang menyusuri pos kawalannya.

Kata Sayed Maluk, arus deras telah melemaskan askar tersebut dan mayatnya telah dibawa arus melepasi kawasan kem berkenaan.

Hanya selepas mayatnya ditemui oleh gerila Taliban barulah mereka melepaskan tembakan ke atasnya.

Kematian askar tersebut telah mendorong pihak berkuasa membatalkan lawatan Cameron ke wilayah Helmand.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain