suria

Abhisit Letak Jawatan Sebagai Pemimpin Demokrat

BANGKOK: Perdana Menteri Thai yang bakal berundur Abhisit Vejjajiva hari ini meletak jawatan sebagai pemimpin parti Demokrat selepas parti pimpinannya itu kalah pada pilihan raya umum Thai pada Ahad.

Beliau membuat pengumuman itu di ibu pejabat partinya, di sini, menyatakan mengambil tanggungjawab atas prestasi buruk parti itu pada pilihan raya umum.

Ketika kempen pilihan raya, Abhisit membayangkan bahawa beliau mungkin meletak jawatan sebagai pemimpin parti jika parti berkenaan memperoleh kerusi kurang daripada pilihan raya lepas.

Pada pilihan raya, Demokrat menang 159 kerusi berbanding 172 kerusi sebelum Parlimen dibubar.

Parti Demokrat masih menguasai kubu kuatnya di Bangkok dan wilayah selatan manakala Pheu Thai menang kebanyakannya di wilayah timur laut, utara dan tengah. Parti pembangkang Pheu Thai yang diterajui pemimpin de fakto Thaksin Shinawatra memenangi pilihan raya dengan 265 kerusi dan adik perempuan bongsunya Yingluck Shinawatra yang merupakan calon perdana menteri parti itu dijangka menjadi perdana menteri wanita pertama negara ini.

Mengikut Perlembagaan Thai, perdana menteri di pilih melalui proses undian di Parlimen. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain