suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Strauss-Kahn Berdepan Satu Lagi Dakwaan Rogol

PARIS: Bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn bakal berhadapan dengan satu lagi pertuduhan melakukan serangan seksual selepas seorang wanita Perancis membuat laporan polis, pada Isnin.

Tristane Banon yang merupakan seorang wartawan dan penulis berusia 32 tahun membuat laporan polis mendakwa bekas ahli politik tersebut cuba merogolnya pada 2003 di sebuah rumah.

Dalam kejadian itu, Banon mendakwa Strauss-Kahn menjemputnya datang ke sebuah rumah untuk melakukan sesi temu bual namun selepas tiba di situ, bekas pengarah itu mula menerkam dan cuba merogolnya. – AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain