suria

Seramai 30 Terbunuh Keretapi Rempuh Bas

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di utara India selepas satu kereta api merempuh sebuah bas yang membawa rombongan majlis perkahwinan pada awal Khamis, demikian menurut laporan beberapa stesen televisyen.

The NDTV dan Times Now berkata kemalangan berlaku di daerah Kanshiram Nagar dekat negeri Uttar Pradesh.

Laporan memberitahu bas terbabit sedang dalam perjalanan pulang dari satu majlis perkahwinan apabila ia lalu di hadapan satu kereta api yang bergerak laju di atas landasan.

Gambar dari tempat kejadian menunjukan serpihan kenderaan di sekitar landasan dan pegawai polis mengusung mayat yang dilitupi dengan kain.

India mencatatkan ratusan jumlah kemalangan di landasan keretapi setiap tahun namun kejadian terbaru ini merupakan yang terburuk pada tahun 2011.

Kemalangan keretapi yang paling burok di India berlaku pada tahun 1981 apabila satu keretapi terjunam ke dalam sungai di negeri Bihar dan menyebabkan seramai 800 orang terkorban. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain