suria

AS Tegah Palestin Minta Pengiktirafan PBB

WASHINGTON: Amerika Syarikat (As) pada Rabu memberi amaran kepada Palestin yang meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf negara Palestin.

Amaran itu dibuat AS dalam perjumpaan bersama pegawai Palestin kerana Palestin masih belum lagi menyelesaikan rundingan damai dengan Israel.

"Kami tidak lihat sebarang penyanggahan antara usaha rundingan mencapai pendamaian dengan tindakan kami meminta pengiktirafan PBB," beritahu Ketua Perunding Palestin, Saeb Erakat kepada pemberita.

"Matlamat kami adalah untuk membawa kedua-dua belah pihak berbincang dan pegangan kami tentang tindakan itu tetap sama iaitu ia bukanlah idea yang bagus dan tidak membantu langsung dalam proses pendamaian," beritahu jurucakap kerajaan AS, Victoria Nuland.

Nuland memberi penjelasan tersebut selepas seorang pegawai atasan AS mengumumkan bahawa satu utusan khas untuk pendamaian Asia Tengah yang terdiri daripada empat pihak iaitu Kesatuan Eropah, Rusia, AS dan PBB akan mengadakan perjumpaan pada 11 Julai di Washington.

"Fokus utama perbincangan diplomasi adalah masih untuk menggalakkan Palestin berbincang mengikut rangka kerja yang telah ditetapkan," kata Nuland.

Perbincangan pendamaian pada September 2010 tidak membuahkan hasil apabila Israel tidak mahu memberhentikan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Sejak itu, Palestin enggan mengadakan sebarang perbincangan semula jika Israel terus membina penempatan mereka. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain