suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tsunami Kecil Landa Jepun

TOKYO: Satu tsunami kecil melanda pantai pasifik di utara Jepun pada Ahad, demikian menurut Agensi Meteorologikal Jepun.

Menurut agensi, tsunami berketinggian 10 sentimeter itu melanda bandar pelabuhan Ofunato pada pukul 10.44 pagi waktu tempatan.

Agensi tersebut mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan Iwate, Miyagi dan Fukushima selepas satu gegaran berukuran 7.1 pada skala Richter melanda kawasan darat Honshu pada pukul 9.57 pagi waktu tempatan.

Tiada kemusnahan dilaporkan setakat ini.

Agensi cuaca Jepun meramalkan satu tsunami kecil berketinggian 50 sentimeter akan berlaku di kawasan-kawasan yang terjejas.

Penduduk di sepanjang pantai Laut pAsifik diberi maran untuk pergi ke tempat berlindung yang lebih tinggi.

Setakat ini, pengendali loji nuklear Tokyo Electric Power Company (TEPCO) memberitahu tiada kerosakan terhadap loji Fukushima Daiichi yang disebabkan tsunami kecil itu. -AFP

Artikel Lain