suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vaksin Baru Malaria Dilancar Di Australia Minggu Ini

MELBOURNE: Vaksin baru yang dikatakan dapat membendung jangkitan daripada semua jenis parasit malaria akan dilancarkan di sebuah universiti di Queensland minggu ini.

Australian Associated Press (AAP) dalam laporannya berkata vaksin yang dinamakan 'PlasprotecT' akan diperkenalkan ketika perasmian Makmal Vaksin untuk Dunia Membangun di Institute for Glycomics, Griffith University.

Vaksin itu menggunakan dos yang tersangat rendah parasit malaria yang telah 'ditidurkan' menerusi rawatan kimia yang unik.

Parasit yang 'ditidurkan' itu kemudian dipindahkan kepada sukarelawan yang mengambil bahagian dalam percubaan ke atas manusia untuk fasa pertama bagi tempoh 12 bulan akan datang, kata laporan AAP tersebut.

Proses itu dijangka menghasilkan tindak balas pelalian yang akan menentang jangkitan semua jenis parasit malaria yang diketahui manusia.

Vaksin yang baru dipaten dan dijenamakan PlasProtecT akan dibangun di makmal terbabit. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain