suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penculik Pancung Kepala Tujuh Tawanan Di Afghanistan

HERAT (Afghanistan): Seramai tujuh orang daripada 28 orang pekerja lombong di Afghanistan yang diculik telah dipenggal kepala mereka dan mayat mereka dijumpai pada Ahad oleh polis dan orang awam, demikian menurut polis.

Pekerja lombong malang itu diculik pada Rabu di wilayah Farah, namun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas perbuatan tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Polis wilayah Farah, Mohammad Ghaws Malyar nasib 21 tawanan yang lain masih tidak diketahui.

Mlyar juga memberitahu kesemua mangsa bekerja untuk pertubuhan amal di barat Afghanistan dan telah dibawa ke daerah Buluk oleh penculik yang menyerang lalu membakar kenderaan mereka.

Kejadian culik sering berlaku di wilayah ini dengan penculik meminta wang tebusan bagi melepaskan tahanan. -AFP

Artikel Lain