suria

AS, Jepun Dan Australia Buat Latihan Tentera Di Laut China Selatan

TOKYO: Tentera laut Amerika Syarikat, Jepun dan Australia akan mengadakan latihan ketenteraan bersama pada Sabtu dekat perairan Laut China Selatan yang didakwa China sebagai kawasan yang menjadi haknya, demikian menurut Kementerian Pertahanan Jepun.

Tiga negara itu akan menghantar jentera masing-masing untuk bergabung membuat latihan komunikasi dan beberapa latihan ketenteraan yang lain di kawasan berdekatan Brunei, kata kementerian itu, Jumaat.

Latihan berkenaan merupakan gabungan ketenteraan yang pertama di Laut China Selatan yang direbut oleh China dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain.

"Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran taktikal Angkatan Tentera Pertahanan Maritim dan mengeratkan hubungan antara pasukan tentera laut negara yang terlibat," kata kementerian itu.

Ketegangan berlaku di perairan Laut China Selatan yang strategik dan kaya hasil bumi itu dengan Vietnam dan Filipina masing-masing membantah China yang didakwa melakukan aktiviti ketenteraan secara tidak sah di perairan itu. -AFP

Artikel Sebelum

Tsunami Kecil Landa Jepun

Artikel Berikut

Artikel Lain