suria

Tiga Orang Diculik Di Selatan Filipina

MANILA: Sekurang-kurangnya 14 lelaki bersenjata menculik seorang wanita, anak lelaki dan anak saudara wanita itu pada Selasa di sebuah pulau dekat selatan Filipina yang berdekatan dengan kawasan dikuasai militan, demikian menurut sumber rasmi.

Seorang pegawai kanan polis, Superintenden Edwin de Ocampo berkata penculik menaangkap Gerfa Yeatts Lunsmann, 50, anak lelakinya, 14, dan anak saudaranya,19 di sebuah rumah di perkampungan pulau Tictabon pada sebelum subuh kemudian melarikan mereka menggunakan bot.

Tiada panggilan atau wang tebusan diminta dari penculik malah identiti mereka masih tidak dapat dikenal pasti, kata de Ocampo.

Tempat berlakunya kejadian adalah berdekatan dengan Pulau Basilan yang menjadi markas kumpulan militan Abu Sayyaf.

Menurut seorang pegawai tentera anti pengganas di Zamboanga, Kolonel Buenaventura Pascual, Lunsmann merupakan warga Virginia, Amerika Syarikat dan datang ke Filipina untuk melawat saudaranya.

"Kami telah menghantar pasukan tentera untuk menjejaki mengasa," kata Pascual.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang berkata laporan pasukan perisikan mendapati mangsa mungkin dibawa ke bandar Tuburuan di Pulau Basilan. -AP

Artikel Berikut

Artikel Lain