suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yingluck Antara 142 Ahli Parlimen Yang Belum Disahkan

BANGKOK: Bakal Perdana Menteri Yingluck Shinawatra adalah antara 142 anggota Parlimen (MP) yang masih belum mendapat pengesahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha agung SPR Suthipol Thaweechaikarn berkata Perdana Menteri yang akan melepaskan jawatan Abhisit Vejjajiva belum juga diberi pengesahan oleh SPR pada mesyuaratnya malam Selasa.

"Mesyuarat SPR hari ini mengesahkan 358 MP terdiri daripada 109 dari senarai parti dan 249 dari pemilih," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata SPR tidak dapat mengesahkan 142 MP itu kerana badan itu masih menyiasat aduan terhadap mereka dan akan terus mengkaji kes-kes mereka minggu depan.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jenis aduan terhadap Yingluck dan Abhisit. Aduan terhadap MP biasanya berhubung kesalahan yang didakwa dilakukan semasa kempen piihan raya termasuk soal membeli undi.

Di bawah undang-undang, SPR mempunyai masa hingga 3 Ogos untuk mengesahkan MP sebelum Parlimen baru diwakili oleh 500 anggota dapat bersidang dan kerajaan baru dibentuk. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain