suria

AS Lancar Kempen Vaksin Palsu Untuk Jejak Osama

LONDON: Lokasi Osama bin Laden berjaya diketahui apabila pasukan perisikan Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu kempen palsu dengan menipu kononnya ingin memberi vaksin kepada penduduk di bandar Osama bersembunyi, lapor akhbar Guardian, Selasa.

Tujuan sebenar kempen itu adalah untuk menjejaki ahli keluarga Osama dengan mengambil sampel DNA mereka kemudian memastikan lokasi di mana Osama berada.

Menurut laporan akhbar itu, Agensi Perisik Pusat (CIA) melantik seorang doktor Pakistan untuk megendalikan kempen palsu tersebut selepas badan itu mendapat maklumat bahawa pemimpin Taliban itu berada di bandar Abbottabad.

Pasukan perisikan AS itu membandingkan sampel DNA yang diperoleh mereka dari penduduk bandar itu dengan sampel DNA milik saudara perempuan Osama.

Doktor dari Pakistan, Shakil Afridi dilantik supaya kempen itu tidak disyaki oleh mana-mana pihak yang boleh menggagalkan operasi itu.

Seorang jururawat dalam operasi itu berjaya dikatakan dapat memasuki tempat persembunyian Osama untuk mengambil sampel DNA ahli keluarganya namun pihak Pakistan mendakwa jururawat itu gagal berbuat sedemikian.

Osama dibunuh oleh pasukan elit As pada 2 Mei dalam satu serangan dan kejadian itu merenggangkan hubungan antara Pakistan dan AS. -AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain