suria

35 Maut, 200 Cedera Nahas Dua Kereta Api di India

LUCKNOW: Dua kereta api penumpang tergelincir dalam kejadian berasingan di India pada Isnin mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 maut manakala lebih 200 lagi cedera.

Nahas pertama berlaku di negeri utara Uttar Pradesh, apabila kereta api yang sarat membawa penumpang tergelincir dari landasannya menyebabkan 36 penumpang maut.

Satu lagi kejadian di negeri Assam membabitkan sebuah kereta api dipercayai diletupkan tetapi polis enggan mengesahkan kejadian itu angkara kumpulan pemisah militan di kawasan itu. Kira-kira 100 penumpang dalam dua nahas itu dilaporkan cedera.

Pegawai berkata, pasukan penyelamat dan orang tempatan kini sedang berusaha mengeluarkan penumpang yang masih terperangkap.

"Kami sedang duduk apabila tiba-tiba gerabak kami berpusing dan terbalik," kata seorang penumpang lelaki ketika ditemubual rangkaian televisyen CNN-IBN di tempat kejadian di Uttar Pradesh, kira-kira 150 kilometer di selatan Bandar Lucknow. Agensi berita Press Trust of India melaporkan, pemandu kereta api antara yang cedera.

Kereta api berkenaan membawa lebih 1,000 orang dan dilaporkan sedang bergerak laju sehingga 108 kilometer sejam sebelum tergelincir. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain