suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Australia Kutuk Serangan Di Mumbai

CANBERRA (Australia): Australia pada Khamis mengutuk keras serangan bom di Mumbai yang mengorbankan 21 nyawa dengan menegaskan bahawa serangan seperti itu yang sewenang-wenangnya dilakukan tidak seharusnya berlaku di dunia yang mempunyai peradaban.

Rasa kesal itu diluahkan oleh Perdana Menterinya, Julia Gillard dan Menteri Luar Negara, Kevin Rudd yang menyatakan Australia bersimpati dan akan menyokong rakyat India mengahadapi peristiwa tersebut.

"Australia tidak sangsi dengan ketabahan rakyat India dan pasti mereka akan menghadapi cabaran ini dengan tabah." kata Julia.

Rudd menyatakan Australia yakin bahawa pihak berkuasa India akan dapat menjejaki penjenayah yang bertanggungjawab dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Australia menyertai negara dan badan lain seperti Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keras serangan pengganas yang terburuk di India itu sejak peritiwa yang hampir sama berlaku pada tahun 2008. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain