suria

Taiwan Mula Hukum Pemberi Rasuah

TAIPEI: Taiwan buat pertama kalinya mengharamkan kegiatan rasuah berikutan beberapa siri kes berprofil tinggi mendapat liputan, demikian menurut pihak berkuasa pada Rabu.

Rang undang-undang yang diserahkan kepada Parlimen pada Selasa itu membolehkan individu-individu yang memberi rasuah dalam bentuk wang, barangan dan lain-lain seperti perkhidmatan seks kepada pekerja awam disabitkan kesalahan.

Undang-undang sebelum ini hanya menghukum pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah sahaja.

Menurut Kementerian Kehakiman, pemberi rasuah yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sebanyak Tw$500,000 (RM53,000).

"Perlaksanaan undang-undang baru ini akan menghapuskan budaya "sampul merah" yang telah berlaku sekian lama dan membetulkan keadaan sebelum ini di mana hanya penerima rasuah dihukum sedangkan pemberi sogokan pula dilepaskan," katanya satu kenyataan.

Istilah "sampul merah" iaitu pemberian wang pada hari keraian disamakan dengan pemberian rasuah di negara ini.

Tiga hakim atasan di sini didakwa kerana menerima rasuah daripada defendan yang meminta balasan untuk disabitkan tidak bersalah sementara dua orang leftenan jeneral baru-baru ini dipenjara lebih 10 tahun kerana menerima sogokan. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain