suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apple Perkenal Perkhidmatan Baru 'iCloud'

SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs pada Isnin sekali lagi 'terpaksa' menganggu cuti sakit yang sedang diambilnya sekarang untuk memperkenalkan perkhidmatan baru percuma yang dinamakan 'iCloud'.

iCloud berfungsi menyimpan muzik, foto dan lain-lain kandungan di dalam laman web dan ia boleh dikongsi menggunakan peranti yang pelbagai.

"Kita akan mengangkat hub digital ke dalam awan," kata CEO berusia 56 tahun itu sambil merujuk kepada produk terbarunya yang dinamakan iCloud itu.

Beliau mengumumkan demikian di hadapan beratus jurutera perisian pada Persidangan Tahunan Para Pembangun Perisian Apple di sini.

Jobs dan para eksekutif Apple turut memberi peluang kepada para pelanggan mereka sedikit gambaran tentang generasi terbaru 'Lion', iaitu perisian yang mengemudi komputer Macintosh dan iOS 5.

Menurut Jobs, iCloud tanpa wayar akan berfungsi menyeragamkan mel, perhubungan, kalendar, foto, aplikasi, e-buku, muzik dan lain-lain fail yang merentasi pelbagai peranti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain