suria

Pertempuran Kumpulan Samseng Dorong Pembunuhan Tiga Warga Malaysia

CHENNAI: Pembunuhan seorang wanita muda Malaysia dan dua anaknya di India Selatan ada kaitan dengan dendam yang tercetus daripada pertempuran samseng tempatan yang berlarutan lama, demikian menurut siasatan polis Tamil Nadu.

Ini berikutan penangkapan enam lelaki dan tiga wanita yang polis percaya dapat sedikit sebanyak menjelaskan isu pembunuhan M. Adhila Banu dan anaknya.

Bagaimanapun, perancang pembunuhan itu terlepas dari perangkap polis dan melarikan diri ke Malaysia sebelum barangkali masuk ke Singapura, kata Inspektor Polis Vadipatti, P. R. Lakshmanan, Sabtu. Beliau berkata lelaki itu memiliki sebuah kedai daging kambing dan mengendali sebuah gerai makanan di Kuala Lumpur.

"Siasatan kami menunjukkan) Ia semata-mata dendam. Kami telah menahan kebanyakan orang yang terlibat dalam pembunuhan itu tetapi ketua perancang melarikan diri," katanya kepada Bernama.

Siasatan polis selama dua minggu menunjukkan musuh keluarga Adhila Banu di Madurai, Selatan India, berkait dengan pembunuhan itu selepas beliau berikrar untuk bertindak balas terhadap mereka yang telah menyerang suaminya di Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu.

Lakshmanan berkata perancang itu telah menyerang suami tersebut, Muthusamy atau Mohammad, di Kuala Lumpur, tempat mereka bekerja sebelumnya.

Beliau berkata bila mendapat berita bahawa Adhila Banu merancang membalas dendam (dengan bantuan saudara mara di India), perancang berkenaan memutuskan untuk membunuh wanita itu dan anaknya Mohd Aslam, tujuh tahun, dan anak perempuannya, Ajira Banu, 5.

Mangsa diajak keluar dari rumah mereka di Barathi Nagar di daerah Ramanathapuram pada 8 November, dan dipercayai telah dibunuh pada malam hari itu juga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain