suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2.8 juta Jemaah Haji Musim Ini

MINA: Hampir 2.8 juta jemaah mengerjakan haji musim ini lapor Jabatan Statistik dan Maklumat Awam Arab Saudi dengan peningkatan 11.2 peratus berbanding 1.6 juta jemaah tahun lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 1.8 juta jemaah datang dari seluruh pelusuk dunia manakala kira-kira sejuta lagi merupakan jemaah tempatan.

Menurut kenyataan yang dipetik agensi berita Saudi Press (SPA), semalam, jemaah melontar jamrah dalam keadaan lancar sebelum ibadah korban dilaksanakan sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut pada 10 Zulhijah setiap tahun.

Jutaan jemaah haji dari seluruh dunia akan terus melontar jamrah selama tiga hari sehingga Ahad ini.

Ibadah korban yang dilaksanakan selepas solat Subuh itu menyaksikan kerja-kerja penyembelihan ternakan serta melapah daging boleh dilihat di tepi-tepi jalan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain