suria

Kematian Akibat Banjir Di Thailand Meningkat Kepada 229

BANGKOK: Jumlah kematian akibat banjir di Thailand meningkat kepada 229 orang hari ini walaupun secara keseluruhannya keadaan banjir di negara ini bertambah baik.

Jabatan pencegahan bencana dan mitigasi berkata 156 kematian dilapor di wilayah utara, timur laut, timur dan bahagian tengah manakala 73 kematian dicatat di wilayah selatan sejak 10 Oktober.

Jumlah korban banjir itu meningkat dua orang berbanding 227 orang yang dilapor semalam.

Sebanyak 16 wilayah masih dilanda banjir dan 1.3 juta orang terjejas berbanding 42 daripada 77 wilayah ditenggelami air semasa kemuncak bencana yang menjejaskan lebih empat juta orang itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain