suria

Penerbangan Tangguh Gara-Gara Beg Misteri

BERLIN: Pihak berkuasa Jerman menyatakan, penerbangan pesawat Berlin dari Nambia ditangguhkan selepas polis menjumpai sebuah beg bersama suis di bahagian bagasi lapangan terbang di ibu negara Afrika.

Ibu pejabat polis negara terbabit pada Khamis berkata, ujian pengimbas mendapati suis itu disambung dengan wayar kepada bateri dan jam.

Tambahnya, pihak berkuasa di Windhoek, Nambia sedang menyiasat jika alatan tersebut yang ditemui pada Rabu boleh meletup.

Bagaimanapun, jurucakap bagi pesawat Berlin, Sabine Teller berkata tiada bahan letupan ditemui dalam beg terbabit.

Beliau menambah, tiada kepastian penerbangan yang akan membawa beg terbabit, namun bagasi untuk pesawat Berlin diperiksa semula dan penumpang mengenal pasti beg masing-masing.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain