suria

AirAsia Buka Hab Baru Di Chiang Mai

BANGKOK: AirAsia akan membuka hab baru di Chiang Mai bermula 24 Januari tahun depan dan akan melancarkan penerbangan harian dari Chiang Mai ke Hat Yai serta Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia Tassapon Bijleveld berkata langkah itu membolehkan lebih banyak penyambungan ditawarkan kepada penumpang yang berhasrat untuk melakukan perjalanan menuju atau dari bandar raya di utara Thailand ini ke Singapura atau Hat Yai di Selatan Thailand.

Chiang Mai terkenal kerana kaya dengan keindahan alam semula jadi dan budaya. Kira-kira lima juta pelancong berkunjung ke destinasi itu saban tahun.

Hat Yai pula ialah bandar raya kewangan penting Thailand di wilayah selatan manakala Singapura dikenali sebagai syurga membeli-belah dan destinasi hujung minggu yang hebat.

Beliau berkata hab baru itu akan membolehkan pengembara menyambung perjalanan mereka ke Bangkok, Phuket dan Kuala Lumpur.

AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah terkemuka dan terbesar di Asia, menawarkan harga promosi istimewa bermula daripada 690 Baht (kira-kira RM69) sehala bagi laluan Chiang Mai-Hat Yai dan 1,490 Baht (kira-kira RM149) sehala bagi laluan Chiang Mai-Singapura, katanya.

Tempahan dibuka mulai hari ini sehingga 28 November untuk perjalanan dari 24 Januari hingga 10 November. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain