suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khaled Lakukan Lawatan Kerja Ke India Bermula Esok

PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengadakan lawatan kerja ke India selama lima hari bermula esok.

Menurut kenyataan kementerian berkenaan yang dikeluarkan di sini, lawatan kerja beliau yang kedua selepas kunjungan Januari lepas dijangka memperkukuhkan lagi kerjasama dua negara itu dalam konteks sektor pengajian tinggi.

Sebelum ini, kerjasama antara kedua-dua negara dalam membangunkan sektor pengajian tinggi terserlah apabila Manipal Education (ME) dari India bersetuju untuk melabur RM650 juta bagi menubuhkan Universiti Antarabangsa Manipal (MIU) di Kuala Lumpur.

Sepanjang lawatan itu, Mohamed Khaled dijadual mengadakan beberapa siri lawatan seperti ke Techno India Group, Aurlgine Discovery Technologies Limited, International Institute of Information Technology Bangalore dan Manipal University.

"Beliau akan mengadakan sesi perjumpaan bersama kira-kira 200 pelajar Malaysia yang sedang menyambung pengajian di Manipal University.

"Beliau juga akan menyaksikan satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara Asia e University (AeU) dan Puravankara Academy of Construction Education and Research," kata kenyataan itu. -BERNAMA

Artikel Lain