suria

Lembu Dan Kambing Dikorban Di Perkarangan Kedutaan Besar Malaysia Jakarta

JAKARTA: Sebilangan Warga Malaysia di sini hari ini melaksanakan ibadah korban dengan menyembelih enam ekor lembu dan 13 kambing di perkarangan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan, Rabu.

Acara secara gotong royong itu disertai ramai warga Malaysia termasuk dari kalangan pelajar yang sedang menuntut di beberapa institusi pengajian tinggi di Jakarta.

Ibadah korban itu dimulai sejurus selepas solat Aidiladha berlangsung di Dewan Serbaguna Kedutaan Besar, dan daging korban kemudiannya diagihkan kepada masyarakat tempatan melalui masjid khariah berhampiran.

Acara tahunan itu juga menjadi salah satu program mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat Islam Malaysia di Jakarta melalui acara memasak beramai-ramai, diikuti dengan jamuan tengah hari. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain