suria

85 Maut, 100 Cedera Kebakaran Besar di Dhaka

PENDUDUK setempat dan anggota Bomba sedang menyusun mayat mangsa kebakaran besar yang membabitkan sebuah bangunan dalam deretan pangsapuri di Kayettuli, Dhaka, awal hari ini dengan satu majlis perkahwinan sedang berlangsung di salah satu bangunan ketika kejadian berlaku. - Foto AFP.

DHAKA: Sekurang-kurangnya 85 terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera dalam kebakaran besar melanda ibu negara Dhaka, awal hari ini dengan satu majlis perkahwinan sedang berlangsung di salah satu bangunan ketika kejadian berlaku.

Kebakaran itu dikatakan membabitkan sebuah bangunan dalam deretan pangsapuri di Kayettuli, kawasan perumahan paling padat di ibu negara itu yang menyebabkan ratusan mangsa terperangkap, menurut ketua Polis Dhaka, A.K.M Shahidul Haq.

“Kami kini berjaya menjumpai sekurang-kurangnya 85 mayat sebelum dihantar ke beberapa hopital di ibu negara ini," katanya. Ketua Pasukan Bomba Dhaka, Abu Nayeem berkata, punca kebakaran disebabkan litar pintas sebelum merebak ke bangunan lain.

“Satu kenduri perkahwinan sedang diadakan di bumbung salah satu bangunan dan kami fikir ia adalah salah satu sebab ramai mangsa dalam kejadian ini," katanya.

Seorang saksi berkata, satu kenduri besar meraikan perkahwinan di tingkat bumbung salah satu babgunan sedang diadakan ketika kebakaran merebak.

“Pasangan pengantin dilaporkan tidak berada di bangunan itu kerana masih berada di sebuah salon kecantikan," katanya.

Sekurang-kurangnya tujuh bangunan hangus dalam kejadian itu dengan salah satu bangunan menempatkan sebuah kedai menjual bahan kimia di tingkat bawah yang dikatakan menyebabkan api cepat marak. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain