suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 Wartawan Terkorban Ketika Bertugas Di Asia Selatan

NEW DELHI: Dua belas wartawan terkorban tahun ini semasa sedang menjalankan tugas di Asia Selatan, kebanyakannya dalam zon yang dilanda konflik, kata sebuah kumpulan pengawasan media.

Suruhanjaya Media Asia Selatan dalam laporan terbaru yang dikeluarkan semalam, mendedahkan bahawa Pakistan mencatatkan jumlah kematian paling tinggi dalam kalangan petugas media di Asia Selatan.

Tujuh kematian dilaporkan di Pakistan, negara yang sentiasa bergolak, dengan nyawa wartawan seringkali terancam di kawasan yang dilanda konflik.

Daripada lapan negara di Asia Selatan, Afghanistan melaporkan dua insiden manakala India, Nepal dan Sri Lanka pula masing-masing mencatatkan satu kematian.

Laporan itu menyebut wartawan terbabit menjalankan tugas berisiko tinggi terutamanya di Afghanistan dan Pakistan, iaitu lokasi berlakunya peperangan menentang keganasan.

Wartawan di Sri Lanka turut 'mengalami kesukaran yang paling buruk dalam apa jua tahap, jauh lebih serius berbanding penderitaan yang dihadapi oleh rakan setugas mereka di Pakistan.'

Mengenai India, laporan itu menyebut bahawa di sebalik tradisi kewartawanan yang telah lama wujud, perdebatan terus berlaku berhubung etika liputan berita dalam media cetak dan elektronik, selain semakin berkembang kecenderungan untuk menjual ruang berita bagi memuatkan perkara remeh-temeh. - BERNAMA

Artikel Lain