Bebas Daripada Tuduhan Cemarkan nama Hospital Melalui E-Mel - Dunia | mStar

Bebas Daripada Tuduhan Cemarkan nama Hospital Melalui E-Mel

JAKARTA: Suri rumah Prita Mulyasari, yang diseret ke mahkamah kerana didakwa mencemarkan nama baik sebuah hospital di sini melalui e-mel, hari ini dibebaskan daripada tuduhan itu oleh sebuah mahkamah di provinsi Banten, ke barat ibu kota republik Indonesia ini. Majlis Hakim Mahkamah Negeri Tangerang membuat keputusan itu setelah mendapati tidak ada bukti yang boleh mengesahkan tuduhan bahawa Prita mencemarkan nama baik Hospital Omni International di sini pada tahun lepas.

Keputusan itu dibacakan oleh ketua majlis hakim itu, Arthur Hangewa, di akhir perbicaraan kes itu yang disiarkan secara langsung menerusi sebuah stesen TV di sini.

Prita, 32, dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UUITE) kerana mengirim e-mel kepada sejumlah sahabatnya untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan pihak hospital itu semasa beliau mendapat rawatan di hospital berkenaan pada Ogos tahun lepas.

E-mel itu bagaimanapun telah beredar dengan meluas di ruang maya hingga hospital itu membuat laporan polis selain mengambil tindakan sivil menyaman suri rumah itu. Prita yang kalah dalam kes saman sivil oleh hospital itu bulan lepas telah diarah oleh mahkamah membayar ganti rugi berjumlah 204 juta rupiah (RM75,000).

Beliau bagaimanapun berdepan juga dengan kes jenayah mengikut UUITE. Fasal 27 (3) UUITE memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun jika sabit kesalahan kerana mengedar dengan sengaja dan tanpa hak maklumat elektronik yang mengandungi kata-kata penghinaan atau pencemaran nama baik.

Prita, pernah ditahan reman selama 21 hari Penjara Wanita Tengerang ketika menghadapi tuduhan jenayah itu tetapi dibebaskan selepas beberapa tokoh nasional memberi jaminan terhadap beliau.

Kes ini mendapat liputan meluas oleh pihak media di sini dan sebuah kumpulan facebook yang menamakan diri "Koin Untuk Prita" telah melancarkan kutipan wang syiling untuk membantu Prita bagi melangsaikan ganti rugi itu.

Kempen kutipan itu berjaya mengumpulkan sejumlah 825 juta rupiah (RM305,600) daripada orang ramai dari seluruh Indonesia.

Wang itu terdiri daripada 625 juta rupiah (RM231,500) dalam bentuk syiling manakala selebihnya dalam bentuk wang kertas.

Melihat sokongan hebat daripada masyarakat, Hospital Omni kemudian menarik balik samannya terhadap Prita.

Prita telah mencadangkan supaya wang kutipan itu disimpan dalam sebuah yayasan bagi membantu pihak yang senasib dengan beliau di masa depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain