Airbus 330 Cathay Pacific, Boeing Virgin Blue nyaris bertembung - Dunia | mStar

Airbus 330 Cathay Pacific, Boeing Virgin Blue nyaris bertembung

MELBOURNE: Pengawal Trafik Udara dipersalahkan berikutan insiden sebuah pesawat Virgin Blue dari Melbourne dan pesawat Cathay Pacific yang dalam penerbangan ke Melbourne nyaris bertembung.

Northern Territory News hari ini melaporkan, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sedang menyiasat bagaimana pesawat penumpang Boeing Virgin Blue dan Airbus A330 Cathay Pacific terbabit hampir-hampir bertembung di udara pada Selasa lepas dan menggambarkan insiden itu sebagai serius.

Penerbangan DJ1457 Virgin Blue membawa 120 penumpang didapati memasuki laluan penerbangan CX135 Cathay Pacific di selatan Katherine dalam ruang udara Northern Territory pada hari berkenaan.

Laporan awal mendapati kedua-dua penerbangan itu sedang menuju ke arah satu sama lain dalam laluan dua hala yang sama.

Difahamkan Virgin Blue yang terbang ke arah utara berada terlalu hampir dengan penerbangan Cathay Pacific yang sedang menghala ke selatan dari Hong Kong ke Melbourne. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain