suria

Aman Palestin Agih Daging Korban Kepada Rakyat Malaysia Di Palestin

BEIRUT: Sebanyak 4,000 keluarga Palestin yang tinggal di kemkem pelarian di seluruh Lubnan hari ini menerima daging korban sumbangan Aman Palestin, sebuah badan bukan kerajaan Malaysia.

Aman Palestin membelanjakan RM70,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk tujuan korban, di samping menyediakan sumbangan lain berbentuk pakaian dan keperluan sekolah bagi anak-anak Palestin yang hidup sebagai pelarian di Lubnan.

Pemangku Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Zainal Azlan Nadzir turut meluangkan masa lebih sejam di sebuah penempatan pelarian Palestin di AlKassimieh, dekat Tyre, kira-kira 80 kilometer dari sini untuk mengedarkan sendiri sumbangan daging korban kepada keluarga Palestin terbabit.

Zainal Azlan berkata walaupun sumbang rakyat Malaysia itu satu sumbangan kecil yang disalurkan ke tabung Aman Palestin, namun ia amat bermakna kepada masyarakat Palestin di sini.

Sementara itu, Pengurus Multimedia, Dokumentasi dan Pengiklanan Aman Palestin merangkap Pengarah Projek Korban, Anas Abdul Wahab berkata sumbangan yang dikumpulkan tahun ini adalah sekali ganda lebih tinggi berbanding tahun lepas sebanyak RM30,000.

"Lebih banyak sumbangan kita terima, lebih banyak akan kita sumbangkan kepada penduduk Palestin yang kita dapati kebanyakannya hidup di bawah paras kemiskinan," katanya Bernama selepas memantau proses penyembelihan dan pengagihan daging korban di sini hari ini yang dilakukan dalam cuaca sejuk.

Kira-kira 400,000 pelarian Palestin kini tinggal di 14 kem pelarian berdaftar di Lubnan untuk mendapatkan perlindungan selepas kedaulatan negara mereka dirampas rejim Zionis sejak berpuluh tahun lalu. BERNAMA

Artikel Lain