Jemaah Haji Mula Bergerak Ke Arafah - Dunia | mStar

Jemaah Haji Mula Bergerak Ke Arafah

MEKAH: Cuaca yang panas dan kering di sini bertukar menjadi mendung dan kemudian hujan ketika 2.5 juta jemaah haji seluruh dunia termasuk 25,000 dari Malaysia bergerak menuju ke Arafah menjelang wukuf esok.

Jemaah haji Malaysia yang ditempatkan di 10 tempat penginapan atau Maktab Tabung Haji di sekitar Mekah dibawa secara beransur-ansur dengan menaiki 160 buah bas yang disewa khas oleh Tabung Haji bermula 11 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).

Menurut ketua rombongan haji Salleh Mubin, operasi membawa jemaah haji ke Arafah dijangka selesai sepenuhnya menjelang tengah malam ini (5 pagi waktu Malaysia).

Beliau berkata Tabung Haji akan berusaha menentukan semua jemaah haji Malaysia berada di Arafah esok untuk wukuf kerana ia merupakan perkara wajib dalam ibadah haji.

"Jemaah haji yang sakit pula akan dibawa ke Arafah oleh petugas perubatan Tabung Haji dengan ambulans," katanya.

Pemerhatian pasukan media Tabung Haji mendapati pergerakan lalu lintas masih lancar dan dikawal ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Arafah Kini Dibanjiri 2.5 Juta Jemaah Haji

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain