suria

China Bantu Malaysia Majukan Perubatan Tradisional

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengadakan kerjasama rapat dengan China dalam membangunkan perubatan tambahan tradisional Cinanya di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam hubungan ini, beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menubuhkan satu mekanisme dan kumpulan kerja bagi membangunkan TCM di Malaysia.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Kesihatan China, Wang Guoqiang di sini, katanya kementerian perlu memastikan TCM di Malaysia boleh meningkatkan penggunaan dalam arus perdana perkhidmatan perubatan negara.

Ini bukan hanya dalam aspek undangundang dan peraturan tetapi banyak lagi bidang yang diperlu diberikan tumpuan, katanya sambil menambah bahawa banyak boleh dipelajari dari China dalam mengendalikan perubatan tambahan tradisional.

Malaysia memerlukan peraturan, latihan, instituti, universiti TCM dan banyak lagi agar mengukuhkan amalan TCM, tambah beliau.

Kini ada tiga hospital telah menyediakan TCM sebagai perkhidmatan tambahan dengan empat lagi akan siap pada akhir tahun ini, kata Liow.

Tiga hospital yang menyediakan perkhidmatan tambahan TCM ialah Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang, Hospital Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail di Johor Baharu sementara empat lagi sedang dalam penyediaan di Hospital Sandakan, Sabah, Hospital Kuching, Sarawak, Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan dan Hospital Kuala Terengganu, Terengganu.

Pada perbincnagan itu, mereka juga membincangkan langkah-langkah pencegahan Influenaza A (H1N1).

"Setakat ini kita perlukan lebih banyak langkah pencegahan. Jadi kini kita mahu perkenalkan perubatan China. Selagi ia boleh dilaksanakan dan ia sebagai langkah pencegahan, kita akan mengkaji dan akan membantu kita mengurangkan serangan jika ada ombak kedua H1N1," tambahnya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain