suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal Karam, 70 Orang Dikhuatiri Hilang

BANDUNG: Sebuah kapal yang membawa kira-kira 100 penumpang dilaporkan karam di perairan Tanjung Balai Karimun hari ini, mengakibatkan kira-kira 70 orang dikhuatiri hilang.

Pengarah Polis Marin Kepulauan Riau, Yasin Kosasih dipetik sebuah stesen televisyen tempatan sebagai berkata jumlah sebenar mangsa dalam kejadian pada 9.30 pagi itu belum dapat dipastikan.

"Kapal belayar pukul 8 pagi waktu tempatan dari Tanjung Pinang, Batam, Kepulauan Riau menuju Dumai. Namun di tengah perjalanan, sekitar pukul 9.30 pagi kapal itu tenggelam," katanya.

Beliau berkata setakat ini punca kapal penumpang itu karam belum dikenal pasti.

"Ketika ini ada kapal tangki yang berada di sekitar lokasi kejadian membantu usaha menyelamatkan mangsa.

Kapal kami juga sedang menuju lokasi tetapi sudah lebih satu jam masih sukar sampai ke lokasi kerana ombak besar," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

20 Jemaah Haji Dikesan Positif H1N1

Artikel Lain