suria

Duta Besar Indonesia Gesa Rebut Peluang Industri Kraftangan

KUALA LUMPUR: Usahawan dari Malaysia dan Indonesia disaran merebut peluang daripada permintaan terhadap sektor kraftangan yang meningkat ketika ini.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia Tan Sri Da'i Bachtiar berkata permintaan untuk sektor itu dilihat tetap meningkat walaupun semasa dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Beliau seterusnya menyarankan agar usahawan keduadua negara menggunakan pameran "Inacraft Lifestyle '09 in Malaysia Expo" yang dilancarkannya di sini hari ini untuk membangunkan jaringan perniagaan dan perkongsian yang mantap.

"Eksport kraftangan Indonesia ke Malaysia sahaja berjumlah sehingga US$4.47 juta pada tahun 2008. Jumlah ini mewakili 3.77 peratus daripada eksport kraftangan Indonesia ke seluruh dunia," katanya.

Pameran yang diadakan buat pertama kali di Malaysia itu bertujuan untuk memperkenalkan produk kraft terbaik Indonesia, yang merupakan salah satu industri yang amat penting di Indonesia.

Ekspo tiga hari yang dibuka kepada orang ramai itu menampilkan pameran oleh 62 syarikat yang berkaitan, kebanyakannya dari tiga bidang industri utama yang terdiri daripada batik, pakaian serta sulaman, dan aksesori daripada kayu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain