suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemberontak serang restoran di Sungau Golok, dua terbunuh

BANGKOK: Seorang anggota polis dan seorang pelanggan wanita terbunuh apabila puak disyaki pemberontak menyerang tiga restoran semasa makan tengah hari di Sungai Golok, sebuah pekan hiburan popular di sempadan Thai-Malaysia.

Pol. Lt. Col Mongkol Buajan dari balai polis Sungai Golok berkata insiden itu berlaku apabila lelaki bersenjata yang memakai uniform sukarelawan pertahanan, datang dengan menaiki motosikal dan melepaskan tembakan rambang ke arah restoran berkenaan.

Beliau berkata lelaki bersenjata itu turut melempar bom tangan, mengorbankan dua orang dan mencederakan 12 orang, termasuk seorang anggota polis.

Sebutir bom lagi diledakkan berhampiran sebuah hotel pada tengah hari, mencederakan 10 orang.

Lebih 3,600 orang meninggal dunia sejak puak pemisah meneruskan perjuangan bersenjata mereka pada Januari, 2004 untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah yang dihuni majoriti umat Islam iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani. BERNAMA

Artikel Lain