suria

Kabinet Manmohan setuju FTA Asean-India

NEW DELHI: Kabinet India akhirnya meluluskan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Asean-India, walau pun mengalami peningkatan bantahan dari para pemimpin kerajaan dan pembangkang, yang mendakwa kehidupan para petani akan terancam sebaik sahaja pasaran dibuka.

Dengan mempertahankan dirinya daripada ahli politik yang membantah perjanjian itu dengan kumpulan negara 10 anggota itu, Perdana Menteri Manmohan Singh, yang disokong oleh rakannya yang kanan, berupaya mendapatkan kelulusan kabinet semasa mesyuarat lewat malam Khamis.

"Satu perjanjian perdagangan bebas dengan Asean adalah satu komitmen politik antarabangsa dan juga sebahagian daripada Dasar Pandang ke Timur," kata Economic Times yang memetik Manmohan sebagai berkata semasa mesyuarat kabinet itu.

Beberapa Menteri Kabinet Kanan dari kerajaan Manmohan seperti Menteri Pertahanan A.K. Antony dan Menteri Hal Ehwal India Seberang Laut Vayalar Ravi, yang keduaduanya datang dari negeri Kerala, di sebelah selatan, di mana ribuan petani bergantung kepada tanaman yang boleh dilakukan jualan langsung, telah membantah FTA itu.

Sebelum itu, Antony mendakwa kerajaan akan memberi kesan buruk terhadap penanam tanaman yang boleh dilakukan jualan langsung secara tradisi seperti buah gajus, lada hitam, getah asli dan kelapa, di negeri asalnya.

Yang turut membantah ialah parti pembangkang seperti Baratiya Janata Party, parti Komunis India (Marxist) dan Parti Samajwadi, yang turut meminta kerajaan menggugurkan perjanjian dengan Asean itu, kerana jutaan petani India akan menderita disebabkan import yang lebih murah.

Hampir 400 juta petani India bergantung kepada pertanian bagi mencari rezeki dan 60 peratus daripada penduduk India masih bergantung kepada pertanian.

Menteri yang menyokong FTA berkata India akan mengalami kerugian lebih besar jika menarik diri pada masa ini, yang merupakan satu tamparan diplomatik bagi pengaruh India dan China ke atas ASEAN.

India telah mengumumkan bahawa ia akan menandatangani FTA itu semasa Sidang Kemuncak AseanIndia di Thailand lewat Oktober ini, selepas hampir enam tahun keduadua pihak melakukan perundingan yang sukar. BERNAMA

Artikel Lain