suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa bumi kuat di Kepulauan Solomon, tiada ancaman tsunami

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Solomon pada 9.42 pagi ini tetapi tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata kejadian itu berpusat di latitud 6.5 Selatan dan longitud 155.8 Timur.

Pusat gempa bumi itu terletak 564km dari barat laut Honiara, Kepulauan Solomon dan 4,350km dari tenggara Kunak, Sabah, katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Jabatan itu kini sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini. BERNAMA

Artikel Lain