suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

New York catat kematian pertama wabak influenza H1N1

NEW YORK: Seorang pembantu pengetua sebuah sekolah di New York menjadi korban pertama wabak influenza H1N1 di bandar raya itu.

AP melaporkan, Mitchell Wiener yang bekerja di sekolah peralihan di Queens, menemui ajalnya petang semalam, kata jurucakap Pusat Perubatan Hospital Flushing, Andrew Rubin.

Wiener telah menderita sakit hampir seminggu sebelum sekolah tempat dia bekerja itu ditutup pada Khamis.

Dia dimasukkan ke hospital dan diletakkan di atas pengalih udara.

Selain Wiener, tidak ada lagi penduduk bandar raya itu yang menghidap wabak itu secara serius.

Sehingga tengah hari semalam, pegawai kesihatan melaporkan lima lagi kematian akibat wabak itu di Amerika Syarikat; tiga di Texas, satu di Washington dan satu di Arizona.

Wabak influenza H1N1 telah meragut 76 nyawa di seluruh dunia.

Artikel Lain