suria

Emir Qatar lakukan lawatan dua hari ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Emir Qatar Sheikh Hamad Halifa AlThani akan mengadakan lawatan negara dua hari ke Malaysia mulai Selasa ini dalam usaha mengeratkan lagi hubungan keduadua negara.

Ini merupakan lawatan negara pertama baginda ke Malaysia, menurut kenyataan akhbar Kementerian Luar hari ini.

Sebelum ini, Sheikh Hamad Halifa AlThani pernah ke Malaysia pada Oktober 2003 untuk lawatan kerja bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Kesepuluh di Putrajaya.

Baginda, yang akan diiringi oleh Permaisuri Sheikha Mozah Nasser Al Missned dan delegasi yang terdiri daripada menteri, pegawaipegawai kanan kerajaan dan anggota kanan Dewan Raja Qatar, dijadual mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Selain itu, baginda akan mengadakan mesyuarat terhad dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu dua hala, serantau dan pelbagai hala.

Wisma Putra berkata lawatan negara itu akan mengeratkan lagi hubungan baik sedia ada antara Malaysia dan Qatar dalam pelbagai bidang kerjasama dua hala seperti perdagangan, pelaburan, pertahanan, pelancongan, pendidikan, perbankan, kewangan, industri halal dan hal ehwal Islam.

Selain itu, lawatan tersebut akan memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin negara berbincang tentang isu serantau serta antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama kepada Malaysia dan Qatar. BERNAMA

Artikel Lain