suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu biar suami ‘ratah’ anak bawah umur sampai hamil! Mangsa bersalin di rumah tanpa bantuan perubatan

Kanak-kanak tidak sepatutnya menjadi mangsa kerakusan nafsu orang dewasa. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membiarkan suaminya mendera secara seksual anak perempuan mereka yang berusia 11 tahun sehingga kanak-kanak itu melahirkan seorang bayi.

Kes mengejutkan itu turut mendedahkan penderaan dan pengabaian yang dipercayai berlaku selama bertahun-tahun dalam keluarga berkenaan.

Wanita terbabit, Cherie Walker, dijatuhi hukuman pada 30 Oktober lalu selepas disabitkan dengan satu pertuduhan membolehkan penderaan seksual terhadap kanak-kanak serta enam pertuduhan pengabaian mangsa.

Kejadian itu terbongkar pada 16 Ogos 2025 apabila pasukan kecemasan dipanggil ke kediaman keluarga berkenaan di Muskogee, Oklahoma, Amerika Syarikat (AS).

Sebaik tiba, petugas mendapati kanak-kanak perempuan berkenaan baru sahaja melalui proses kelahiran cukup bulan di rumah tanpa sebarang bantuan perubatan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan serius.

Pada awalnya, Cherie dan suaminya, Dustin Walker, 34, mendakwa mereka tidak mengetahui bahawa kanak-kanak itu sedang hamil.

Bagaimanapun, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kemudian mengesahkan Dustin merupakan bapa kandung kepada bayi berkenaan dengan padanan sebanyak 99.9 peratus, lapor WCIV.

Siasatan lanjut turut membawa kepada penemuan lima lagi kanak-kanak berusia antara dua hingga sembilan tahun yang tinggal di kediaman sama. 

Dustin yang juga bapa tiri mangsa didapati melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak itu.

Pendakwa raya memaklumkan mangsa mengikuti pendidikan di rumah (homeschooling) dan langsung tidak menerima pemeriksaan atau rawatan sepanjang tempoh kehamilannya.

Dustin mengaku bersalah atas satu pertuduhan penderaan seksual terhadap anak tirinya yang berusia bawah 12 tahun serta enam pertuduhan pengabaian kanak-kanak.

Dia kemudian dijatuhi hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan penderaan seksual, selain tambahan 42 tahun penjara bagi enam pertuduhan pengabaian tersebut. -Agensi

Artikel Lain