suria

Aroma daun selasih buat sepinggan bihun kari ala Thai tak cukup!

Bihun Kari Ala Thai bukan sahaja senang disediakan malah cukup enak!

BOSAN asyik makan Mi Kari atau Bihun Sup? Apa kata ke dapur anda sekarang dan lihat ada tak bahan-bahan yang disenaraikan ini?

Jika ada apa tunggu lagi, jom cuba resepi Bihun Kari Ala Thai yang bukan sahaja mudah disediakan tetapi cukup menyelerakan!

Bahan-bahan digunakan mungkin nampak ringkas tapi percayalah arom daun selasih dan pes tomyam membuatkan anda menghirup mangkuk dan tambah lagi.

Bahan-bahannya:

Bahan A (dikisar)

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

5 biji cili padi (ikut selera)

Bahan B

175 gram udang

2 batang serai

3 helai daun limau purut

2 biji limau kasturi

Secekak dauh selasih

5 batang kacang panjang

5-7 biji putik jagung

Setengah biji cili bengala merah dan hijau

Suku terung yang dibelah dua dan dihiris tebal

Secekak cendawan

Sebatang kek ikan

Sekotak kecil santan

Pes perencah tomyam

1 sudu teh serbuk kunyit

Kuey Teow kering atau bihun

3-4 keping tauhu (hiasan)

Cara-cara membuatnya:

Kisarkan bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air sebelum dimasukkan ke dalam periuk.

Didihkan bahan kisar itu sebelum masukkan satu sudu teh serbuk kunyit.

Sesudah itu, masukkan pula pes perencah tomyam dan gaul rata sebelum masukkan dua batang serai yang diketuk serta daun limau purut.

Selepas kesemua bahan itu sebati dan mendidih masukkan pula santan dan gaul rata.

Masukkan udang dan biar ia masak seketika sebelum campurkan semua sayur-sayuran dan gaul rata.

Kemudian masukkan pula kek ikan berserta daun selasih dan biarkan ia mendidih sebelum perahkan jus limau kasturi serta perasakan dengan garam dan gula.

Rebus bihun atau kuey teow (mengikut selera) dan hidangkan bersama kuah dan tauhu.

Artikel Lain