suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bengkang Ubi Kayu, kuih tradisi Melayu

Bengkang Ubi Kayu... Sedap nampaknya!

TENGOK gambar pun nampak sedap, apatah lagi kalau mencubanya. 

Bagi penggemar bengkang, boleh cuba resipi ini terutama untuk minum petang.

Tak susah pun nak membuatnya. Terima kasih Mas Cotek  atas perkongsian resipi Bengkang Kukus Ubi Kayu, kuih tradisonal Melayu kita ni.

Bahan A

1.2 kilogram ubi kayu

4 sudu besar tepung ubi

1 sudu teh garam

Pati dari mendapan ubi

Parut ubi, perah dan biarkan. Apabila patinya mendap (airnya dibuang).

Satukan kesemua bahan, gaul rata/ketepikan

Bahan B

500 ml santan (dari sebiji kelapa)

300 gm gula merah

75 gm gula pasir

2 helai pandan

masak kesemua bahan B ini. Cukup sekadar gulanya larut, tak perlu sampai mendidih ya dan kemudian sejukkan dan tapis.

Caranya menyiapkannya

Sediakan loyang sapu marjerin. (Biasanya guna loyang 25X12X6)

Satukan Bahan A dan B

Gaul sebati, kemudian tuang ke dalam loyang dan hentak-hentak ia sedikit dan ratakan

Kukus selama 1 jam dan kemudian boleh diangkat.

Biarkan ia sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Bengkang, resipi

Artikel Sebelum

Artikel Lain