suria

Spaghetti Aglio Olio, mudah dicuba... sedap rasanya!

Menarik sekali hidangan Spaghetti Aglio Olio.

SPAGHETTI Aglio Olio sering menjadi menu pilihan di pelbagai restoran sekitar Malaysia kerana resipinya yang sungguh ringkas dan mudah menggunakan bahan-bahan 'seafood' yang pasti menggamit selera anda.

Kepada penggemar spaghetti tu, sediakan hidangan ini. InsyaAllah... enak!

Bahan-bahan:

Sebungkus spaghetti

Masukkan sama ada udang, sotong atau kupang dan boleh juga ketiga-tiganya sekali.

5 ulas bawang putih dicincang halus

Bawang besar holland dipotong dadu

1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar

Sedikit serbuk cili/ cajun (flakes) / cili kering yang digunting secara menyerong

garam secukup rasa

Cara-caranya:

Rebus mi spaghetti sehingga lembut atau putus dua apabila dipicit dan kemudian toskan.

Panaskan dua sudu besar mentega atau minyak zaitun, minyak jagung atau minyak biasa pun boleh. 

Tumis bawang putih beserta bawang besar sehingga naik bau. Seterusnya masukkan udang atau sotong/kupang. 

Kemudian, masukkan spaghetti bersama serbuk lada hitam, cili kering, cili cajun dan garam. Akhir sekali, gaulkan semua sekali. Nak letakkan sayur pun boleh mengikut kesesuaian.

Kredit: Cahaya Cintaku

spaghetti, resipi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain