suria

Sagu Gula Melaka pencuci mulut ringkas

Sagu gula melaka hidangan pencuci mulut ketika bulan ramadhan. Foto: Facebook Rita Kay

SETIAP hidangan pasti tidak akan lengkap tanpa pencuci mulut. Sagu gula melaka sesuai sebagai pembuka selera selain hidangan selepas makan.

Apatah lagi dah dekat bulan Ramadan, pencuci mulut ini tentu banyak dijual tapi ia lebih sedap jika disejukkan terlebih dahulu. 

Bahan-bahan:

2 cawan sagu (direndam kira-kira 1/2 jam)

5 cawan air... Boleh tambah apabila perlu

Sedikit gula

Daun pandan

Pewarna pilihan

Cara-caranya: 

Pastikan sagu dibersihkan dahulu. Selepas sagu selesai dibersihkan, masakkan ia bersama air yang mendidih dan sentiasa kacau sehingga sagu kembang dan jernih. Pastikan tiada sagu putih. Jangan lupa untuk tambah pewarna dan biarkan ia sejuk. 

Membuat kuah

Bahan-bahan:

2 tin susu cair

2 cawan air

Daun pandan

Cara-caranya: 

Pastikan susu dicampur air yang telah dipanaskan, daun pandan dibiarkan sebentar dan tutup api. Atau santan dicampurkan dengan sedikit garam, daun pandan dan panaskan sebentar.

Membuat air gula

Bahan-bahan:

Masukkan empat keping atau lebih gula melaka dalam periuk atau mengikut kehendak masing-masing.

Sedikit gula pasir beserta daun pandan.

Sedikit air. (Kalau nak gula pekat, kurangkan air)

Cara-caranya: 

Panaskan sedikit air beserta gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga gula menjad cair dan pekat. Untuk tambahan, kacang merah dan jagung dalam tin boleh dijadikan sebagai hiasan. Akhir sekali, campur sagu, air gula melaka, susu cair dan kacang merah serta jagung. Selepas itu, sejukkan ia sebelum dimakan.

Kredit: Facebook Rita Kay

Sagu Gula Melaka, resipi

Artikel Lain